Perak Hari Ini

Lagi 80 Komuniti 1Malaysia Akan Ditubuhkan Di Perak

Jabatan Penerangan akan menubuhkan lagi 80 Komuniti 1Malaysia di kawasan bukan Melayu di seluruh negeri Perak bagi menyalurkan maklumat dan dasar kerajaan yang berterusan kepada rakyat.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, berkata melaluinya juga, pelbagai aktiviti bermanfaat dalam dilaksanakan untuk menjalin kerjasama dan perpaduan di kalangan rakyat.

“Diharapkan juga program yang dianjurkan Komuniti 1Malaysia ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara masyarakat,” katanya berucap pada majlis Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Jiran 1Komuniti di Kompleks Rakan Muda Kamunting, dekat Taiping, Sabtu.

Program anjuran Jabatan Penerangan itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Hadir sama, Speaker, Datuk R Ganesan, Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Shalimin Ahmad Shafie, Adun Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid dan Pengerusi BN Taiping, Datuk Tan Lian Hoe.

Pada majlis itu, Zambry turut menyerahkan geran peruntukan bernilai RM352,000 kepada 88 Komuniti 1Malaysia yang berdaftar di Perak.

Ibrahim berkata, peruntukan yang diterima itu seharusnya digunakakan sebaiknya untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang bagi tujuan mengenali jiran tetangga di peringkat komuniti masing-masing.

“Jabata Penerangan menjalin kerjasama dengan Komuniti 1Malaysia untuk menjelaskan dasar kerajaan selain menganjurkan program yang membabitkan semangat kejiranan.

“Semangat kejiranan yang ramah mesra perlu dihidupkan agar ia dapat mewujudkan kerjasama dan saling membantu dalam menghadapi musibah di kawasan kejiranan masing-masing kerana jiran sepakat membawa berkat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Kempen Kesukarelawan pada 3 Februari ini dan pasukan Komuniti 1Malaysia antara pihak yang memainkan peranan aktif dalam menjayakan kempen ini.

“Di Perak misalnya, pasukan ini telah menjayakan projek membaiki lima buah rumah yang daif dan program ini akan diteruskan lagi bagi mewujudkan hubungan dan kerjasama akrab dengan masyarakat setempat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");