Perak Hari Ini

Majlis Penyerahan Watikah Ketua Kampung

KAMUNTING 31 Dis – Kira-kira 150 Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dari 10 kampung dalam Parlimen Taiping telah berhimpun di  Hotel SSL Kamunting malam tadi dalam satu majlis jamuan makan malam dan menyampaian watikah Ketua Kampung.

Seramai 8 Ketua Kampung dilanjutkan tauliah perlantikan mereka mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013,  manakala dua lagi telah melepaskan jawatan secara sukarela, mereka ialah Tuan Hj Zakaria Mahat ( Kg Expo) dan Tuan Hj Elias Mohd Sidek (Assam Kumbang).  Dua ahli jawatan kuasa telah dilantik menjadi pengerusi JKKK  (Ketua Kampung) ialah En Iqbal Shah Abd Ghafur ( Assam Kumbang dan En Radhi Abd Hamid ( Kg Expo).

Lapan yang lain kekal sehingga akhir tahun ialah;

  1. En Abd Rashid bin Shaari ( Kg Pinang)
  2. Tuan Hj Mohamad Ibrahim ( Kg Batu 4 )
  3. Tuan Hj Mohamad Ramli Yahya ( Kg Jana)
  4. Tuan Hj Meor Abdullah Meor Awaluddin ( Kg Bukit Jana)
  5. En Ahmad Karim ( Kg Ulu Tupai)
  6. En Mohamad Zaini Ismail ( Kg Pokok Assam)
  7. Tuan Hj Ahmad Yusuf Yahya ( Kg Aulong)
  8. Tuan Hj Anjang Abd Rahman Mat ( Kg Boyan)

Watikah dan Ucaptama disampaikan oleh YB Dato Mohamad Zahir Abdul Khalid Adun Kamunting dan Exco Kerajaan Perak.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");