Sukan Hari Ini

Mampukah Kelantan terus mendominasi

KELANTAN cukup gah mendominasi Liga Malaysia musim lalu, dengan meraih treble berikutan mempunyai pasukan yang mantap serta barisan pemain serba boleh, namun nasib Red Warriors pada musim ini menjadi tanda tanya.

Adakah legasi ini akan berterusan di bawah kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa? Ataupun tiba giliran pencabar lain menamatkan mimpi indah skuad Pantai Timur itu.

Berdasarkan persiapan yang dilakukan oleh penyandang juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia itu, masih banyak yang perlu diperbaiki lagi andainya mereka mahu terus menguasai saingan musim depan.

Bulan lepas Kelantan sempat beraksi dalam tujuh siri perlawanan persahabatan untuk mencuba pemain import dan tempatan baru mereka, antara keputusan positif ialah membelasah pasukan Liga Perdana Perlis 5-0, Kedah 4-1 dan menang 4-0 ke atas Pulau Pinang.

Mereka juga dijemput untuk beraksi di Piala Gabenor Acheh 2012, namun terpaksa pulang awal selepas seri 1-1 dengan Brunei DPMM dan tewas kepada Semen Padang FC 4-2 tetapi tidak boleh disamakan tentang persiapan pra-musim dengan saingan sebenar.

Pasukan bimbingan Bojan Hodak ini masih lagi mempercayai pemain berpengaruh seperti Shakir Shaari, Mohd. Nor Farhan Muhammad, Mohd. Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Indra Putra Mahayuddin walaupun kehilangan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha.

Ketiadaan penyerang import, Mohammed Ghaddar bakal diganti dengan bekas pemain import Perak, Keita Mandjou untuk merobek gawang lawan manakala beberapa pemain baru seperti Mohd. Haris Safwan Mohd Kamal dan Mohd Faiz Subri akan menjadi pembantunya di bahagian serangan.
– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");