Perak Hari Ini

MPM Berjaya Kutip 96 Peratus Cukai Bernilai RM40 Juta Tahun 2012

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya mengutip sebanyak 96 peratus cukai daripada sasaran sebenar bernilai RM40 juta sepanjang tahun 2012.

Yang DiPertua MPM, Datuk Zamri Man berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada komitmen tinggi semua pihak termasuklah pembayar cukai.

Menurutnya, hanya empat peratus sahaja cukai tidak berjaya dikutip disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

“Antaranya ialah pembayar cukai gagal dihubungi dan juga ada yang telah meninggal dunia menyebabkan pembayaran tertangguh.

“Namun begitu, kita mengucapkan terima kasih kepada pembayar cukai yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam hal ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPM bagi sesi 2013 di Manjung, hari ini.

Seramai 23 Ahli Majlis mengangkat sumpah dalam majlis itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Sementara itu, Dr. Mah berkata, pihaknya akan meneruskan penilaian terhadap semua Ahli Majlis di seluruh daerah bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Penilaian juga akan dilakukan terhadap prestasi Ahli Majlis khususnya berkaitan kehadiran di dalam mesyuarat, penglibatan di dalam program yang dilaksanakan PBT bagi memastikan mereka memberikan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.

“Selain itu, hubungan yang erat juga perlu dikekalkan antara kerajaan negeri dan PBT termasuklah MPM bagi memastikan pelaksanaan dasar-dasar dalam disampaikan dengan berkesan,” katanya.

– NORAINI MOHAMAD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");