SEOUL 25 Jan. – Pemain pertahanan Korea Selatan, Yun Suk-young bersedia untuk menyertai rakan senegaranya, Park Ji-sung bersama kelab terbawah Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), kata kelabnya di Korea Selatan, Chunnam Dragons.
Pemain berusia 22 tahun itu tiba di London lewat Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bersama kelab bimbingan Harry Redknapp yang kini berada di tangga tercorot liga.
Yun merupakan salah seorang tonggak Korea Selatan ketika negara itu merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik London tahun lalu yang kemudian dibawa masuk ke skuad senior kebangsaan negara itu. – REUTERS
Komen & Pendapat