Isu Panas

Pembangkang Hanya Cekap Buat Fitnah Dari Tunai Janji Kepada Rakyat

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan tidak ada apa yang dihairankan melihat tingkah pakatan pembangkang yang semakin gemar melontar fitnah dan memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya mereka berpolitik.

Katanya, sejak dari awal pakatan pakatan pembangkang wujud mereka lebih banyak memainkan fitnah daripada merealisasikan janji kepada rakyat dan ia semakin menjadi-jadi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU).

“Mereka melontarkan pelbagai tohmahan kepada kerajaan dan kepimpinan BN kerana semakin tidak keruan dan ‘kepanasan’ selepas kejayaan pelbagai agenda BN dan juga pelaksanaan lancar pelbagai bantuan untuk rakyat termasuklah bantuan persekolahan RM100 yang diumukan dalam bajet tahun lalu,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Dalam hal ini beliau turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara ini sudah bankrap seperti yang disiarkan dalam Youtube.

“Kalau betul kerajaan bankrap mana mungkin wujudnya dana bagi memberikan bantuan persekolahan kepada para pelajar sekolah selain kakitangan awam turut mendapat bonus? Banyak lagi bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk termasuklah BR1M yang akan diteruskan, baucer buku kepada golongan mahasiswa, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi yang membabitkan dana tinggi kerana kerajaan kita mampu.

“Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun kerana realitinya telah dinafikan oleh BN.”

Tegasnya lagi, pakatan pembangkang semakin terdesak sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin tertinggi BN akan diputarbelit untuk dijadikan bahan propaganda dan tohmahan kepada kerajaan.

“Kita lihat bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang melakukan lawatan kemanusiaan di Semenanjung Gaza semalam tetapi malangnya ia telah dimanipulasi dengan tuduhan bahawa beliau menyokong keganasan sedangkan realitinya mana-mana individu pun akan mempertahankan harta dan tanah airnya daripada diceroboh sebagaimana Hamas.

“Dalam masa pemimpin negara kita melakukan bantuan dan misi kemanusiaan pun pakatan pembangkang lemparkan fitnah sedangkan usaha murni yang meletakkan kerajaan Malaysia sebagai perantara perdamaian antara Hamas dan Fatah tidak pula dinyatakan. ”

Tambahnya lagi, taktik tersebut akan berlarutan dengan pelbagai perkara lagi akan dibuat.

“Sebelum ini pun mereka cuba meniupkan api perkauman dengan pelbagai cara termasuklah kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalanan dan sijil kelahiran yang sah.”

“Hasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang sahaja malah kerajaan telah sediakan program khusus bagi tangani masalah berkait. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Mereka ini tidak bertanggungjawab,” tegasnya lagi.

Tohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada individu disekeliling kepimpinan BN sebagaimana isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut dibuat.

“Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab.

“Ingatlah, undi mereka akan membawa bahana kepada negara kita sedangkan BN sentiasa melaksanakan jani demi kesejahteraan negara pada masa hadapan.”

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");