Berita Hari Ini

Penduduk rayu diatasi segera masalah air

Penduduk yang terlibat dalam krisis bekalan air menggesa pihak yang terlibat dalam pengurusan air di Lembah Klang supaya segera menyelesaikan masalah yang membelenggu kehidupan mereka sejak seminggu lalu.

Tinjauan Kosmo! di Flat Sri Melaka, Cheras di Kuala Lumpur mendapati penduduk semakin hilang sabar dengan masalah yang dialami sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Salah seorang penduduk, Mohd. Khadzari Mohd. Daie, 66, mendakwa penduduk tidak diberikan notis pemberitahuan mengenai gangguan bekalan air di kawasan itu.

“Ramai penduduk di sini tidak sempat menyimpan air sebab tiada notis memaklumkan kawasan ini tiada air selama seminggu.

“Sepatutnya, beritahu lebih awal selain menyediakan lori tangki bagi membolehkan penduduk mendapat air,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Hafizullah Kulop, 26, berkata, kedua-dua ibu bapanya terpaksa pulang ke kampung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang buat sementara waktu kerana tidak sanggup berdepan dengan ketiadaan bekalan air.

“Mereka sudah tua dan masing-masing berusia dalam lingkungan 70-an, jadi sudah tentu mereka tidak larat nak angkat air lebih-lebih lagi tiada kemudahan lif di flat ini,” katanya.

Musalmah Shafie, 58, pula berkata, dia terpaksa membeli bekalan air mineral dengan banyak memandangkan suaminya terlantar sakit dan memerlukan bekalan air bersih.

“Sekarang ini kadangkala stok air mineral di beberapa buah pasar raya di sekitar Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri juga habis dijual,” ujarnya.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");