Program Basmi Kemiskinan

Penduduk Resah Rumah Kerap Dinaiki Air

Kira-kira 14 keluarga dari Kampung Pasir, dekat Pantai Remis terpaksa hidup menderita sejak 20 tahun lalu apabila kediaman mereka kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Banjir yang berlaku dua hingga tiga kali dalam tempoh setahun itu memberi tamparan hebat kepada penduduk yang terpaksa menanggung kerugian besar setiap kali rumah mereka ditenggelami air.

Tinjauan Peraktoday.com di kampung tersebut baru-baru ini mendapati, rata-rata kediaman mangsa banjir itu terjejas teruk apabila air yang memasuki rumah menyebabkan lantai simen menjadi retak dan pecah.

Malah, seorang usahawan kuih di kampung itu terpaksa menghentikan operasinya kerana beberapa alatan yang digunakannya rosak akibat banjir.

Seorang mangsa, Ramlan Abd Rani 32, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian hingga mencecah ribuan ringgit apabila peralatan elektrik serta  perabot rumah rosak akibat ditenggelami air.

“Barang-barang elektrik rumah saya seperi mesin basuh dan peti ais sudah tidak boleh dipakai sejak banjir berlaku pada 2006 lalu,” katanya.

Menurutnya, banjir yang berlaku dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan yang bernilai.

“Air yang naik dalam keadaan mengejut dan mengambil masa yang agak lama untuk surut….kami hanya sempat mengalihkan barangan yang kecil ke tempat yang lebih tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Ramlan berharap, masalah banjir yang menyelubungi penduduk kampung itu dapat diatasi dan berharap kerajaan negeri dapat menghulurkan bantuan untuk memperbaiki keadaan rumah mereka.

Sementara itu, ibu Ramlan, Che Mah Yahya, 65, yang tinggal di kampung yang sama turut meluahkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir selama ini.

Banjir yang kerap berlaku ketika musim hujan katanya, telah menjejaskan perniagaan kedai runcit serta jualan minyak petrol sebagai sumber pencariannya.

“Bila orang tengok air dah tinggi mereka tak berani masuk dan singgah ke kedai makcik,” katanya.

Malah, kemalangan yang menimpa Che Mah tidak lama dahulu juga telah membataskan pergerakannya.

Sebagai warga emas, beliau berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan penduduk untuk menambak rumah mereka bagi mengelak kejadian banjir berulang di masa depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");