Membawang Hari Ini

Rumah Tangga Rupert Sanders Berkecai Kerana Kristen Stewart

RUMAH tangga penerbit dan pengarah Rupert Sanders dengan Liberty Ross akhirnya berkecai apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Menurut laporan Contact Music, Liberty mengambil keputusan untuk bercerai pada Jumaat lalu selepas suaminya itu ditangkap menjalinkan hubungan sulit dengan aktres Kristen Stewart beberapa bulan lalu.

Liberty yang juga seorang pelakon turut melantik barisan peguam bagi mewakilinya di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak-anak mereka, nafkah dan sebagainya.

Rupert juga dilaporkan tidak berdiam diri apabila turut membuat tuntutan sama terhadap isterinya di mahkamah.

Paparazzi berjaya merakamkan aksi mesra Kristen dan Rupert yang telah menyebabkan kekecohan dalam dunia Hollywood.

September tahun lalu, pasangan itu dilihat bermesra di khalayak selepas insiden penyebaran gambar Rupert dan Kristen tersebar. Namun usaha berbaik-baik itu menemui jalan buntu.

Seperti pasangan itu, hubungan Kristen dan kekasihnya iaitu Robert Pattinson juga mengalami masalah akibat kejadian itu dan dikhabarkan telah memutuskan hubungan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");