Perak Hari Ini

Sambutan Ambang Tahun Baru 2013 Penuh Gilang Gemilang

Sambutan ambang tahun baru 2013 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia malam tadi diraikan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran hampir 5,000 pengunjung yang mewakili segenap lapisan bangsa.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman.

Sementara menanti detik 12 malam, majlis diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya persembahan nyanyian dan kebudayaan Kumpulan Selendang Perak, kuiz pelancongan, tarian India dan artis jemputan, Vivian.

Suasana bertambah gamat apabila hadirin dihiburkan dengan lawak jenaka dari peserta program realiti Maharaja Lawak Mega 2012, Jambu.

Selain itu, Duta Pelancongan Perak, Datuk AC Mizal turut tidak melepaskan peluang membuat kemunculan semula bersama ahli kumpulan 4U2C dengan mendendangkan beberapa buat lagu hits mereka seperti Fiona.

Peserta Akademi Fantasia (AF) Adira turut tidak ketinggalan menghiburkan penonton dengan lagu popularnya dari filem Ombak Rindu.

Pada majlis itu juga, Hamidah turut melancarkan program Discover Perak sebagai salah satu usaha berterusan mempromosikan negeri Perak.

Tepat jam 12 malam pula, hadirin dipersembahkan dengan percikan bunga api selama 15 minit sebelum majlis tamat kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");