Perak Hari Ini

‘Saya Dan DS Zambry Tiada Masalah, Sentiasa Bersama’: Ahmad Husni

Sebelum ini, wujud desas-desus yang mendakwa hubungan antara Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilihat dan digambarkan sebagai ‘dingin’.

Malah, Menteri Besar itu sendiri pernah mendedahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang sengaja ingin melaga-lagakan beliau dengan pemimpin UMNO negeri yang lain.

Namun, spekulasi hubungan dingin kedua-dua pemimpin Pusat dan negeri itu akhirnya terjawab melalui pengakuan yang dibuat oleh kedua-dua tuan punya badan hari ini.

“We have always been together,” kata Ahmad Husni ketika diminta mengulas khabar angin mengenai hubungan dinginnya dengan Menteri Besar Perak itu.

Beliau berkata, tidak pernah timbul isu hubungan tidak baik dengan Dr Zambry kerana mereka telah bersama-sama berjuang dalam parti UMNO sejak zaman kedua-duanya menjadi ahli Pemuda UMNO lagi.

“Kami sering bersama-sama sejak menjadi ahli Pemuda dulu… lepas itu saya dah habis Pemuda dan kemudiannya Dr Zambry habis menjadi Ketua Pemuda. Kami tetap bersama-sama.

“Kemungkinan saya di Kuala Lumpur dan Dr Zambry di Perak dan masing-masing sibuk menjalankan tugas…jadi kami tidak lagilah seperti dulu…kami duduk minum sesekali dan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku antara kami,” kata beliau kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak mengakui ada pihak sengaja bertindak mengapi-apikan hubungannya dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu.

“Ada pihak tengok hubungan antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak ini begitu kuat sekali… jadi mereka cuba cucuk sana dan cucuk sini,” ulas Zambry.

Justeru itu, kedua-dua pemimpin UMNO itu tidak mahu melayan atau mempercayai spekulasi yang disebarkan tentang hubungan dingin mereka yang digembar-gemburkan selama ini.

Sebaliknya, mereka berdua ingin memberi fokus terhadap usaha yang dilaksanakan Perdana Menteri bagi memberi masa depan yang baik kepada negara ini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");