Berita Hari Ini

Seramai 42,000 Pelatih Baru Berlepas Ke Kem PLKN

Lebih 15,000 ibu bapa pelatih khidmat negara pada Khamis menghantar anak mereka yang berusia 18 tahun ke kem latihan masing-masing dengan penuh emosi.

Sejumlah 15,461 pelatih daripada 42,000 pelatih meninggalkan mereka dengan 316 buah bas dan 20 penerbangan menuju ke 81 kem di seluruh negara. Selebihnya akan berlepas dalam tempoh dua hari akan datang.

“Semua jurulatih telah bersedia untuk mengendalikan program tersebut. Kami juga telah memeriksa semua kem dan ia telah disahkan selamat,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, selepas melepaskan 49 buah bas yang berlepas dari ibu pejabat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kuala Lumpur, pada Khamis.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");