Perak Hari Ini

Tiga Pelancong Asing Sesat Di Hutan Simpan Teluk Dalam Berjaya Diselamatkan


Tiga pelancong warga asing nyaris sesat selepas gagal mencari jalan keluar ketika melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ di Hutan Simpan Teluk Dalam, dekat Pulau Pangkor, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang sebelum lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Aziz Yahaya dikerahkan ke tempat kejadian.

“Tiga warga asing itu terdiri dua warga Perancis dikenali Saladin Lorene, 24, dan Edmond Jonathan, 26, manakala seorang lagi warga Austria dikenali sebagai Hervet Skcenkr datang melancong di pulau ini.

“Mereka telah melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ di kawasan hutan simpan Teluk Dalam pada jam 10 pagi tadi sebelum dilaporkan sesat kerana gagal mencari jalan keluar,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari mangsa itu dijalankan sekitar kawasan selama satu jam 15 minit sebelum berjaya mengesan mangsa tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan hilang.

“Mereka bertiga ditemui dalam keadaan selamat walaupun agak keletihan kerana telah berjalan terlalu lama.

“Kawasan hutan simpan ini memang sering dikunjungi pelancong terutama pelancong asing yang mahu menikmati keindahan alam semulajadi dan sudah beberapa kejadian sesat telah dilaporkan berlaku sebelum ini,” katanya.

– NOORAINI MAHAMAD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");