Membawang Hari Ini

Wawa Zainal anak emas MIG?

KEMUNCULAN Wawa Zainal dalam industri semakin mendapat tempat di hati banyak pihak.

Bernaung di bawah Metrowealth Pictures (MIG), gadis manis berlesung pipit ini dilabelkan sebagai ‘anak emas’ produksi tersebut kerana mudah mendapat tawaran seni.

Selain drama dan filem, Wawa juga turut dilamar menjadi duta produk kecantikan, Lipice dan Syahirah.

“Setiap artis yang bernaung di bawah MIG memiliki peluang dan penjagaan yang sama daripada pihak syarikat. Tidak ada kena mengena dengan pilih kasih atau anak emas. Bagi saya ia adalah rezeki masing-masing,” katanya sambil ketawa.

Biarpun dikenali ramai, namun kelibat Wawa di dada media cetak dan elektronik membuatkan dia seakan tenggelam dengan cerita terbaru dari selebriti lain.

“Saya tak nafikan, kesibukan saya di set penggambaran membuatkan cerita saya jarang dikeluarkan di media cetak. Namun bagi saya, ia bukan satu masalah besar kerana kalau boleh biarlah cerita yang keluar di media, berkaitan karier sahaja,” ujarnya kepada Zass.

Tolak berpakaian seks

Wawa juga tidak terlepas dengan cerita kontroversi di awal kemunculannya, sehingga ada beberapa pihak melabelkan dia sebagai gadis yang sosial.

“Saya tak nafi kan pada mulanya saya agak tertekan dengan cerita negatif tentang diri saya. Tapi saya melihat ia dari sudut positif dan saya sedar, saya adalah public figure. Jadi saya ambil keputusan untuk mengubah diri saya.

“Saya tidak lagi berpakaian seksi dan rela habiskan masa saya di set penggambaran, daripada keluar tanpa sebab. Lakonan adalah sumber rezeki saya, jadi lebih baik saya menjaga periuk nasi saya dan mengorbankan masa bersosial saya.

“Bagi saya sekarang, apa yang penting, kita ikhlas dengan apa yang kita buat dan saya percaya lama kelamaan kita akan berjaya,” katanya yang mengimpikan untuk terjun ke bidang pengacaraan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");