Perak Hari Ini

1,500 Penduduk Pangkor Terima BR1M 2.0

Seramai 1,500 penduduk DUN Pangkor menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bernilai RM1.5 juta yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Adun Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bertempat di Arena Square Pangkor, kegembiraan jelas terbayang di wajah setiap penerima yang membawa pulang wang tunai RM500.

Selain menyampaikan BR1M, Zambry turut mengagih-agihkan bantuan Tahun Baru Cina kepada 500 penduduk Pangkor yang bakal meraikan perayaan itu Ahad ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, setiap kali musim perayaan tiba, sudah menjadi kelaziman buat kerajaan Barisan Nasional (BN) turun ke bawah dan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Setiap kali ada sambutan perayaan, kita pasti akan menyampaikan bantuan tidak kira kepada orang Cina, Melayu atau India.

“Ini adalah usaha kerajaan sejak sekian lama yang dilaksanakan bagi membantu masyarakat yang berpendapatan rendah,” kata beliau lagi.

Tambahnya, dengan kehadiran ramai masyarakat tempatan, ia sudah cukup membuktikan sokongan mereka kekal bersama BN.

“Tahap sokongan rakyat boleh dilihat melalui kehadiran mereka pada hari ini dan bagi saya, ia cukup menggembirakan,” jelas Zambry.

Selepas penyampaian sumbangan BRI1M dan Tahun Baru Cina, beliau kemudiannya meninjau kawasan sekitar Pasir Bogak pada 11.30 pagi dan dijadualkan melawat pekan Pangkor pada jam3 petang nanti.

Menteri Besar juga akan menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina dan BR1M 2.0 di Dewan Tokong Cina, Batu 5, dekat Segari jam 5 petang nanti.

 

 

 

 

– berita lanjut menyusul

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");