Program Basmi Kemiskinan

200,000 Rakyat Dapat Manfaat Program KAR1SMA@ Hati Rakyat

Kira-kira 200,000 penerima yang terdiri golongan berpendapatan rendah dan miskin di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada program KAR1SMA @ Hati Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Ipoh, baru-baru ini.

Ia merupakan inisiatif baru yang diperkenalkan oleh kerajaan yang membabitkan peruntukan berjumlah RM50 juta yang disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Penerima bantuan ini akan menerima baucer berjumlah RM200 di Semenanjung Malaysia dan RM300 (Sabah/Sarawak) secara one-off.

Perdana Menteri ketika melancarkan program itu berkata, baucer berkenaan boleh digunakan untuk penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur dan memasak dari kedai-kedai terpilih di seluruh negara sebelum 31 Mac nanti.

Menurutnya lagi, peruntukan RM50 juta ini adalah susulan daripada program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah KPWKM dan akan diselaraskan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Yayasan Kebajikan Negara.

”Satu pasukan bergerak (mobile team) dianggotai oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan serta pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) akan bergerak ke seluruh negara bagi memastikan bantuan ini sampai kepada kumpulan sasar yang ditetapkan”, katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");