Sukan Hari Ini

Bayern terlalu hebat buat Arsenal

penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny (kiri) dan rakan sepasukan, Laurent Koscielny (tengah) menghalang asakan pemain Bayern Munich, Javi Martinez dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London, kelmarin. Bayern menang 3-1. – REUTERS

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengaku pasukannya gagal menyaingi kehebatan Bayern Munich sewaktu tewas 1-3, semalam.

Beliau berkata, agak mustahil untuk mereka menghidupkan kembali peluang pada pertemuan terakhir pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara.

Tersingkir daripada dua perebutan trofi peringkat domestik dan ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal sedar Liga Juara-Juara merupakan satu-satunya peluang mereka untuk menjulang piala sejak kali terakhir berbuat demikian pada 2005.

Dengan Bayern yang mempamerkan prestasi terbaik menyaksikan mereka memiliki kelebihan 15 mata untuk berada di puncak Bundesliga, bermakna harapan Gunners amat tipis dan pertemuan di Stadium Emirates sudah cukup membuktikan jurang yang wujud.

“Tidak perlu menyembunyikan kebenaran, memang sukar dan kami akan cuba menjadikan perkara yang mustahil itu sesuatu yang mampu dilakukan.

“Kami cuba bermain seperti di padang sendiri dan berusaha untuk mengubah jurang gol yang wujud. Gol ketiga membuat peluang kami bertambah sukar, tetapi kami akan cuba,” kata Wenger kepada ITV.

Gol daripada Toni Kroos dan Thomas Mueller meletakkan pasukan pelawat berada di depan 2-0 ketika perlawanan masuk minit ke-21 dan walaupun, Lukas Podolksi berjaya merapatkan jurang sebaik babak kedua bermula, Mario Mandzukic mengukuhkan cengkaman sewaktu permainan berbaki 13 minit untuk berakhir.

Wenger mengakui pasukannya sedikit gementar, tetapi berkata, tiada apa yang memalukan tewas kepada pasukan yang layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara dalam dua perlawanan daripada tiga musim yang lalu.

“Anda sepatutnya memberi pujian dengan kualiti yang mereka ada. Pada separuh masa pertama, Bayern mempamerkan permainan yang berkualiti berbanding kami.

“Pada babak kedua pula kami berjaya merapatkan jurang dan menjadi lebih bahaya, tetapi kemudian mereka mengubah gaya permainan dan mula beraksi dengan corak bertahan, jadi sukar untuk kami mencipta peluang,” kata Wanger.

Tambahnya: “Pada ketika ini, anda perlu bersikap tegas dan merayu kepada para pemain bahawa kejayaan mampu dicapai jika bermain dengan baik.

“Saya masih memiliki keyakinan kepada para pemain dan pasukan saya. Keputusan seperti malam ini (semalam) perlu diperbaiki.” – AFP
– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");