Perak Hari Ini

Calon BN Mewakili Semua Kaum, Rakyat Harus Beri Sokongan Pada PRU-13

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada mana-mana calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka dipilih untuk mewakili semua kaum di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri, berkata parti itu bukan mewakili satu kaum sahaja sebaliknya semua kaum yang ada di negara ini.

“BN tidak dibarisi oleh satu kaum sahaja dan ia adalah amalan yang kita buat selama ini.

“Sebaliknya kita buktikan sejak 55 tahun lalu di mana kita tidak boleh memerintah berdasarkan kepada satu-satu kaum sahaja sebaliknya kita perlu memberi sokongan kepada semua mereka yang dinamakan untuk mewakili parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, sebentar tadi.

Katanya lagi, apabila bertanding, hanya ada satu BN dan tidak seperti pembangkang kerana mereka ini akan bertanding mengikut bendera parti masing-masing.

Mengulas percanggahan pendapat parti pembangkang berkaitan pelantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Zambry berkata:

“Tidak menghairankan langsung perkara itu sekiranya ia benar kerana kita tahu berlaku pencanggahan pendapat dalaman sesama mereka,” katanya lagi.

Pembangkang juga katanya, mungkin tercari-cari calon yang terbaik untuk Pakatan Rakyat (PR).

“Di Perak ini misalnya, ada yang mahu Nizar dan ada yang lain tidak mahu Nizar dilantik jadi Menteri Besar,” katanya lagi.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini, Zambry berkata, pihaknya sudah bersiap-sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");