Membawang Hari Ini

Debaran Gangster Celop

PENGARAH terkenal, Ahmad Idham akui berdebar menanti reaksi penonton terhadap filem hasil kerjasama pertamanya dengan Skop Production Sdn Bhd, Gangster Celop, yang mula ditayangkan di pawagam, hari ini.

Menampilkan wajah baru, Hanis Zalikha bersama Kamal Adli dan Syamsul Yusof sebagai teraju utama, Idham mengharapkan filem itu mendapat sambutan yang baik daripada penonton.

“Berdasarkan tayangan perdana dan beberapa tayangan kepada penonton, nampaknya mereka terkejut dengan penghasilan Gangster Celop kerana komedi di dalamnya di luar jangkaan mereka.

“Pada dasarnya nampak dah berjaya tetapi kami tetap menunggu tayangan sebenar,” katanya yang sudah mengarahkan 26 filem.

Dalam perkembangan lain, Idham kini sedang menyiapkan filem aksi yang berjudul Lari.

“Saya sedang menyiapkan post produksi untuk filem Lari. Insya-ALLAH akan berada di pawagam pada 6 Jun ini. Itu kolaborasi saya dengan pihak Thailand.

“Saya sasarkan filem ini dapat dijual di peringkat antarabangsa. Filem ini menjurus ke arah isu pemerdagangan manusia. Saya menggunakan hampir 40 peratus aksi dari luar negara dalam filem tersebut,” katanya.

Lari menampilkan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra dan Erin Malek.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");