Perak Hari Ini

Ganesan Fail Saman Malu Lima ADUN DAP RM25 Juta

Speaker Perak, Datuk R Ganesan hari ini memfailkan saman malu terhadap lima wakil rakyat DAP berhubung penerbitan dan penyebaran video cakera padat (VCD) salah laku seks yang didedahkan dalam satu sidang media ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung pada Disember lalu.

Ganesan memfailkan writ saman tesebut melalui peguam caranya, Azad Bashir di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kira-kira jam 1 petang tadi bagi membersihkan namanya yang tercemar akibat penerbitan dan penyebaran VCD berkenaan.

Lima wakil rakyat DAP yang berhadapan tuntutan saman itu ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Buntong, A Subramaniam; Adun Menglembu, Lim Pek Har; Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Bercakap kepada pemberita, Ganesan menegaskan pada sidang akhbarnya pada 21 Disember, beliau telah memaklumkan akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menerbit dan menyebarkan video salah laku membabitkan dirinya.

“Pada 22 Disember lalu, saya telah membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan saya juga melalui peguam cara pada 15 Januari lalu telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap lima wakil rakyat terbabit untuk menarik balik perkataan dan meminta maaf atas terma-terma tertentu.

“Tetapi, sehingga ke hari ini, saya tidak menerima maklum balas daripada kelima-lima wakil rakyat pembangkang itu,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ganesan berkata, beliau memfailkan saman itu bagi menuntut ganti rugi, injuksi, faedah dan kos dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membersihkan namanya yang telah tercemar akibat perbuatan yang dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang terbabit.

Sementara itu, Azad menegaskan, pihaknya menuntut ganti rugi RM25 juta secara bersama dan berasingan daripada lima wakil rakyat berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");