Laporan Eksklusif

GM13 Didesak Mohon Maaf Kepada PM

Gerakan Mahasiswa Intelek Muda (M1M) hari ini mendesak Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas tindakan kurang matang mencabar Perdana Menteri untuk bertanding di Parlimen Pekan.

Pengerusinya, Mohd Asrol Md Jailani, 21, berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan mahasiswa terbabit yang dikatakan menolak Perdana Menteri kerana suara dan tindakan mereka langsung tidak mewakili suara keseluruhan mahasiswa.

“Tindakan itu tidak bertanggungjawab dan telah mencemarkan nama baik dan kredibiliti mahasiswa sebagai kelompok intelek muda dan waris kepimpinan negara.

“Kami yakin dan percaya, golongan majoriti mahasiswa di luar sana jauh lebih matang dan intelek dalam menilai sesuatu isu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sekiranya GM13 tersebut berkeras untuk tetap bertanding pada pilihan raya nanti, kami mendesak golongan terbabit bertanding atas tiket bebas dan tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak kerana ia mencabuli hak mahasiswa.

Jelasnya, Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap perkara yang berlaku dengan mempergunakan mahasiswa sebagai alat memenuhi tuntutan politik kotor mereka.

“Kami menghormati hak mereka untuk bersuara dan menyatakan pendapat selari dengan demokrasi yang bebas dan terbuka tetapi memanipulasi nama mahasiswa adalah tindakan tidak bertanggungjawab semata memenuhi perjuangan politik sempit pembangkang,” katanya.

Mohd Asrol berkata, Perdana Menteri merupakan pemimpin yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat termasuk golongan mahasiswa dengan memberi bantuan seperti Baucar Buku  1 Malaysia, Kad Diskaun Siswa, Rebat telefon pintar dan lain-lain bagi meringankan beban.

Sehubungan itu, katanya sebagai sebuah gerakan baru mahasiswa mereka memberi sokongan penuh dan berikrar akan terus setia di belakang kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan menentang sebarang tindakan biadab demi menegakkan kebenaran.

Mohd Asrol berkata, selaku presiden beliau dan dan 30 ahlinya yang terdiri dari kalangan pelajar IPTA/IPTS seluruh negara akan berganding bahu membentuk satu kelompok mahasiswa yang lebih matang dalam politik negara.

“(M1M) adalah platform baru untuk mahasiswa berfikir secara kritis dan matang dan bergerak secara profesional tanpa sebarang demonstrasi jalanan, melakukan perkara mengikut emosi atau mencabar perkara yang tidak sepatutnya,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");