Perak Hari Ini

Hubungan PAS-DAP Ibarat Retak Menanti Belah

Tindakan DAP yang enggan menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah jelas membuktikan kedua-dua parti pembangkang itu gagal mewujudkan hubungan yang baik antara mereka ibarat pinggan retak yang menanti belah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata rakyat sendiri dapat melihat dan menilai hubungan antara pemimpin DAP dan PAS yang terus-terusan bergaduh berhubung isu kalimah Allah.

“Hubungan dua parti pembangkang ini sudah retak dan pecah tetapi mereka mahu cantum dan rapatkan semula dengan mengadakan majlis hari jadi dan jemput potong kek bersama-sama.

“Sebenarnya, ia telah memberi mesej yang jelas kepada mereka (pembangkang) dan hubungan itu bukanlah baik dan sentiasa dalam keadaan yang ibarat retak menanti belah.

“Ketika ini, hubungan itu sudah pun retak dan jika diibaratkan seperti pinggan, sekarang ia pecah dua, tiga atau empat dan mungkin lepas ini jatuh dan pecah lapan, 16 dan 32 pula,” katanya lagi.

Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.


Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya kepada pemberita di Georgetown, Sabtu.

Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadi sebagai berkata, larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.

Katanya, Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");