Membawang Hari Ini
Like

Inspirasi empat jelitawan

February 10, 2013
121 Views
0 Comments
1 minute read
Inspirasi empat jelitawan

PROGRAM televisyen berunsur realiti yang memaparkan kisah keluarga mudah menarik perhatian penonton, lebih-lebih lagi jika ia menyelitkan drama kehidupan seharian.

Empat beradik, Amirah Hani Umaruddin, 28, Anis Nabilah, 26, Aimi Nadhirah, 25, dan Aisyah Hasnaa, 22, mungkin remaja bertuah apabila diberi peluang berkongsi kisah kehidupan mereka.

Rancangan berbentuk drama pertama mereka itu dikenali sebagai The Dream Sisters dan akan disiarkan menerusi TV9 pada setiap Isnin, pukul 10.30 malam dalam slot 9X.

.com sempat menonton program tersebut pada sesi preview episod pertama The Dream Sisters di Subang Jaya baru-baru ini.

Selain empat remaja tersebut, majlis itu juga dimeriahkan dengan kehadiran para peminat mereka.

Apa yang pasti rancangan realiti itu menampilkan kisah mereka mencapai impian dan cita-cita, di samping memberi inspirasi kepada penonton.

Di sebalik kehidupan seharian, The Dream Sisters turut memaparkan kisah Amira menyertai kelas yoga dan tomoi, Anis pula terpaksa menghadapi kesukaran dalam mengejar impiannya untuk membuka sebuah restoran.

Sementara itu, Aimi bergelut dengan pekerjaan dalam bidang produksi serta perkahwinan dan Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian ke London.

Rancangan itu juga membolehkan empat beradik tersebut berkongsi pengalaman mereka sekali gus memberi contoh terbaik kepada remaja.

Ini kerana untuk mencapai kejayaan yang dihajati, ia tidak semudah yang disangkakan.

– Utusan

Komen & Pendapat

Leave a Reply