Jenayah

Jurujual telefon didakwa sebabkan kematian seorang lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual telefon hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, dua tahun lalu.

Chia Jiun Yee, 30, didakwa menyebabkan kematian Seet Wei Lung, 36, di hadapan rumah No 50 hingga No 64, Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri Kepong, Sentul di sini pada jam 3 pagi 7 Mei 2011.

 Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya P Viknesvaran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana kes itu adalah kesalahan serius.

Viknesvaran berkata, tertuduh sebelum ini didakwa terhadap pertuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan itu dan mendakwa tertuduh yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman mengikut Seksyen 304 (b) kanun sama.
– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");