Kolumnis

Kalimah Allah: PAS Menipu Di Mana-mana

PAS sebagai parti paling munafik dalam negara ini bukan rahsia. Sudah banyak bukti PAS tipu rakyat sana sini dalam pelbagai isu di samping menukar dasar perjuangan macam tukar baju. Kejap hudud boleh, kejap hudud tak boleh dan sebagainya.

Tidak setakat itu, PAS juga menipu rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat.

Terbaru, bila pertemuan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di Pulau Pinang baru-baru ini dijadikan modal oleh Presiden PAS, Hadi Awang untuk menipu rakyat dengan mendakwa isu berkaitan kalimah Allah ini telah diselesaikan hasil dari perbincangan 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut.

Berderai-derai kokokan penyokong PAS menyambut berita itu. Kononnya hebat sangatlah Nik Aziz kerana berjaya ‘menundukkan’ Karpal Singh.

Namun semuanya berakhir bila Karpal Singh sendiri tampil menjelaskan keadaan sebenarnya, bahawa tidak ada apa yang berubah dalam isu tersebut dan semasa kunjungan Nik Aziz, tidak ada perbincangan mengenai perkara itu dibuat, Hadi nampaknya sudah terperangkap dalam pembohongannya sendiri.

Tak pasal-pasal, orang melihat Karpal lebih bermaruah dari Hadi Awang walaupun dia bukan beragama Islam, sedangkan pemimpin yang terpelajar dalam hal ehwal Islam seperti Hadi, sampai hati untuk mengaburkan mata rakyat dan penyokong PAS dengan membuat cerita palsu.

Hadi nampaknya mengambil kesempatan dari pertemuan ramah mesra Karpal dan Nik Aziz untuk mencipta ilusi bahawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat berhubung isu ini telah diselesaikan. Penulis tak percaya Hadi melakukan perkara itu dengan sengaja, memang dia tahu pertemuan tersebut tidak langsung membincangkan soal kalimah Allah, tapi dia tetap mahu mengambil kesempatan untuk menipu rakyat dan penyokong PAS sendiri.

Kalau sebelum ini pun maruah PAS sudah teruk tercalar akibat pelbagai isu yang boleh dikaitkan dengan kalimah Allah ini (termasuk pemecatan Nasharudin Mat Isa), pembohongan terbuka Hadi Awang yang baru dibongkarkan Karpal Singh, menjadikan terus PAS sebagai sebuah parti yang tidak langsung boleh dipercayai oleh sesiapa pun.

Penulis yakin, selepas ini PAS bakal berhadapan dengan lebih banyak masalah, terutama setelah satu persatu pemimpin yang dikhianati parti tersebut seperti Hasan Ali dan terbaru Nasharudin Mat Isa, bergabung untuk mengadakan road show bagi mendedahkan kebobrokan PAS yang seringkali dilindungkan dari mata rakyat.

Di akhirnya nanti, percayalah, PAS hanya tinggal satu jalan sahaja untuk terus selamat dalam politik negara ini, iaitu dengan keluar dari Pakatan Rakyat dan kembali kepada perjuangan lamanya – Islam. Penulis jangka perkara itu akan berlaku tidak berapa lama setelah parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");