Perak Hari Ini

Lim Si Pin Nyata Hasrat Tidak Bertanding PRU-13

Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Lim Si Pin, menyatakan hasrat tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurutnya, walaubagaimanapun beliau akan terus membantu calon parti dan komponen Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

“Parti mempunyai ramai calon yang boleh diketengahkan untuk bertanding dan mempunyai kateria sebagai calon boleh menang.

“Saya tidak mahu bertanding dalam PRU-13 nanti namun saya akan membantu dengan sedaya upaya untuk memenangkan calon BN dalam pilihanraya akan datang” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penghargaan dan Penghormatan Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yeik di Dewan Taman Bintang, Pantai Remis, Ahad.

Hadir sama, Timbalan Presiden GERAKAN merangkap penasihat kaum Cina kepada Menteri Besar Perak, Datuk Chang Ka Youn.

Lim Si Pin berkata, menyentuh mengenai kreabiliti calon, beliau berkata ahli Pemuda yang terpilih harus mempunyai semangat yang tinggi dan bekerja keras untuk kemenangan BN.

Menurutnya, kemahiran memimpin serta popular mungkin tidak cukup bagi membolehkan anggota Pemuda GERAKAN dipilih sebagai calon pada PRU-13 akan datang kerana mereka juga perlu memiliki kesihatan yang memuaskan.

”Ketiga-tiga kriateria itu perlu dipenuhi sebelum seseorang layak dipertimbangkan sebagai calon, selain bebas daripada sebarang rekod jenayah dan petisyen kebankrapan.

“Sebelum sesuatu nama dicadangkan kepada kepimpinan parti, mereka akan ditapis berdasarkan tiga kriteria ini, dan wakil yang terpilih nanti perlu benar-benar sihat kerana kami tidak mahu pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian ketika bertugas,” katanya.

– NOORAINI MAHAMAD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");