Membawang Hari Ini

Michelle Yeoh belum tetap tarikh kahwin

Bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Seri Michelle Yeoh (gambar) belum menetapkan tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Datuk Seri Jean Todt.

Michelle yang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2013 Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini berkata, beliau dan tunangnya masih berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

“Pada masa ini, kami berdua belum dapat menentukan tarikh perkahwinan kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sekarang pun, Jean berada di Mumbai, India atas urusan kerjanya,” katanya.

Baru-baru ini Michelle mencetuskan spekulasi perkahwinannya apabila secara terbuka membincangkan mengenai pelan perkahwinannya dengan media.

Mengikut laporan Groove Asia, semasa premier filem dokumentari terbarunya, Pad Yatra: A Green Odyssey, aktres tersebut meluahkan: “Saya sekarang sedang memikirkan bagaimana untuk mengaturkan satu majlis istimewa untuk perkahwinan kedua saya.”

Michelle yang telah menjalinkan hubungan dengan Jean selama lapan tahun juga menegaskan, perkahwinannya mesti dilangsungkan di kampungnya di Ipoh memandangkan bapanya sudah berusia 87 tahun dan sukar untuk pergi ke negara lain.

Aktres tersebut yang mengaku bertunang dengan Jean pada 2008, pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Dickson Poon pada 1988 tetapi berpisah empat tahun kemudian.

Sementara itu, mengulas mengenai kehadirannya pada majlis rumah terbuka itu, Michelle memberitahu, ini merupakan kali keempat beliau menghadiri majlis anjuran Zambry.

“Saya sentiasa hadir pada majlis rumah terbuka ini kerana saya berkawan baik dengan Zambry dan isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli.

“Walaupun pulang bercuti ke Malaysia pada Tahun Baharu Cina untuk masa singkat, saya tetap akan meluangkan masa hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Menteri Besar Perak,” katanya.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");