Isu Panas

Mustahil DAP terajui negara – Hadi

Pas yakin rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP tidak akan menerajui pemerintahan negara jika mereka berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah satu yang mustahil perkara itu berlaku kerana DAP tidak akan mampu menguasai majoriti dua pertiga kerusi bagi membentuk kerajaan.

Beliau yang seakan cuba meredakan kebimbangan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang yang dilihat membantu mengukuhkan DAP, menjelaskan, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding di 50 kerusi daripada kesemua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.

“Ada yang kata, kalau pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, Malaysia akan diperintah oleh DAP. Sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi daripada 222 kerusi.

“Kalau parti itu menang kesemua 50 kerusi tersebut, mereka masih tidak boleh perintah negara. Seperti di Terengganu, tidak ada satu pun kerusi DAP,” katanya ketika menyampaikan ceramahnya di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu, malam semalam.

Abdul Hadi berkata, Pas masih menjalin kerjasama yang baik dengan sekutunya mengikut batasan tertentu dan menggangap hubungan itu berbeza dengan kerjasama UMNO dengan MCA, MIC serta Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).

Abdul Hadi yang sebelum ini menyokong cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kalimah Allah dibenar digunakan oleh bukan Islam sebelum membuat pusingan U apabila dibantah oleh Majlis Syura Ulama Pas berkata, kerajaan BN patut dipersalahkan kerana membiarkan Bible versi Melayu menggunakan kalimah Allah.

– Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");