Perak Hari Ini

Ramalan PR Menang Majoriti Kerusi Parlimen Tiada Asas Kukuh

Ramalan Pakatan Rakyat (PR) yang menjangka mereka bakal memperoleh majoriti kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) hanya sekadar ramalan yang dibuat tanpa asas yang kukuh.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan berkata ia sekadar angan-angan kosong pembangkang yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

“Atas faktor apa ramalan Nizar untuk mengukur bahawa Pakatan Rakyat mampu menang besar kerusi parlimen di negeri kita,” katanya.

Menurut beliau, jelas sekali tindakan Nizar menyenaraikan keputusan PRU-13 itu dilihat seolah-olah beliau tidak berpijak di bumi yang nyata.

Berbanding BN, beliau yakin bahawa sokongan rakyat kini sudah kembali kepada parti itu memandangkan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan khususnya dalam membela nasib rakyat.

“Dasar kerajaan jauh lebih baik daripada pembangkang… sebagai contoh kita boleh ambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) semua rakyat gembira kerajaan telah membantu meringankan beban mereka.

“Baik rakyat yang menyokong kerajaan atau pembangkang semuanya gembira dengan pemberian kerajaan itu…. jadi ini sudah terbukti bahawa rakyat sentiasa bersama kita,” tambah beliau.

Malah, Mohd Zaim juga tidak menolak sekiranya gambaran kemenangan itu sebagai helah pembangkang yang kemudiannya akan meletakkan kesalahan terhadap kerajaan BN sekiranya ramalan mereka tidak menjadi.

“Bila mereka (pembangkang) ini kalah, mereka akan kata kita (UMNO dan BN) main kotor atau menipu semasa pilihan raya.. ini semua andaian awal yang dibuat oleh Nizar,” tegasnya.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun pula mengambarkan kenyataan Nizar itu tidak mengambarkan realiti sebenar yang sedang berlaku kini.

“Sedia maklum kedudukan BN di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri begitu kukuh jadi ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh Nizar itu adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa ia merupakan provokasi daripada pihak pembangkang bertujuan mencabar BN.

“Mereka (pembangkang) akan guna pelbagai cara untuk menakut-nakutkan parti lain namun hakitkatnya mereka tahu bahawa mereka sebenarnya berada dalam keadaan tertekan,” tambahnya.

Baru-baru ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjangka Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ramalan kebarangkalian keputusan pilihan raya itu dikeluarkan menerusi akaun twitternya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");