Sukan Hari Ini

Padang San Siro teruk alasan kekalahan Barca

Victor Valdes gagal menepis percubaan pemain AC Milan, Kevin-Prince Boateng (tengah) pada perlawanan Liga Juara-Juara di San Siro, Milan semalam. – REUTERS

MILAN – Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura mengecam keadaan padang selepas tewas mengejut 0-2 kepada AC Milan dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di San Siro, semalam.

Pemain Ghana, Kevin-Prince Boateng dan Sulley Muntari masing-masing meledakkan satu gol pada babak kedua, ketika tuan rumah mempamerkan corak permainan yang mengejutkan Catalans.

Roura mengambil alih tanggungjawab daripada Tito Vilanova ketika jurulatih itu menjalani rawatan penyakit kanser di New York.

Roura mendakwa padang di Milan tidak sesuai untuk perlawanan Liga Juara-Juara.

“Memang teruk tewas 0-2 tetapi kami yakin apabila bermain di tempat sendiri yang mana padang sesuai untuk pertandingan, kami mampu bangkit,” kata Roura.

Bagi Massimiliano Allegri kejayaan semalam merupakan kemenangan pertama Milan ke atas Barca dalam pertandingan itu sejak 2000, amat dialu-alukan.

Jurulatih skuad Rossoneri itu bertuah kerana dapat mengelak daripada dipecat selepas AC Milan bermula buruk dalam Serie A, setelah berjaya meningkatkan kembali prestasi pasukannya.

“Memang hebat dan kami selayaknya menang. Kami bekerja keras melakukan persiapan untuk perlawanan ini dan pemain melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Kami mampu melakukan lebih baik. Kami menamatkan permainan dengan tiga gol, sukar untuk percaya kami akan ke Nou Camp dengan kelebihan gol 2-0,” kata Allegri. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");