Perak Hari Ini

Tahaluf Siyasi Antara PAS, PKR Dan DAP Satu Kesilapan Politik

Hubungan Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) PAS yang menghalalkan penyokongnya mengundi PKR dan DAP disifatkan sebagai satu kesilapan yang telah dilakukan parti tersebut, jelas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, cubaan PAS melaksanakan konsep itu seringkali gagal apabila DAP cuba bermain api apabila bertindak campur tangan dalam urusan yang membabitkan hal ehwal agama.

Namun, tindakan PAS yang dilihat terlalu bergantung kepada sokongan daripada DAP dan PKR sama sekali akan menafikan bahawa tindakan menyertai Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu kesilapan parti.

“Saya yakin itu ( tahaluf siyasi) terlalu sukar namun mereka tidak akan menerima hakikat bahawa mereka telah lakukan kesilapan.

“Mereka akan tetap mengatakan bahawa kerjasama antara parti itu sesuatu pendekatan yang terbaik pernah mereka lakukan,” kata beliau.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pemberian BR1M kepada 1,500 penduduk Pangkor di Arena Square, hari ini.

Selain menyampaikan BR1M, beliau juga turut menyampaikan angpau kepada 500 warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Jelasnya, apa yang menjadi tanda tanya buat dirinya apabila PAS tidak pernah mengambil iktibar terhadap kesilapan lalu dan terus melakukan kesilapan demi kesilapan semata-mata mahu meraih sokongan rakyat terhadap mereka.

“Ini bukan kali pertama tetapi mereka tidak pernah belajar, dahulu ketika melaksanakan Angkatan Perpaduan Ummah dan beberapa percubaan yang dibuat sebelum ini ternyata gagal,” katanya.

Menurutnya, PAS lebih sanggup mengadakan kerjasama politik bersama DAP berbanding melihat umat Islam di kalangan UMNO dan PAS bersatu.

Bercakap mengenai kenyataan Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang mahu PAS keluar dari pakatan beliau berkata, ia sewajarnya dipertimbangkan oleh parti itu.

“Melihat suasana parti itu sebagai satu cadangan daripada seorang pemimpin yang pernah memegang jawatan tinggi dalam parti ia seharusnya difikirkan oleh mereka yang berada dalam parti,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");