Perak Hari Ini

Teka-Teki Calon Parlimen Taiping Belum Terjawab

Teka-teki siapa calon parti Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding di kerusi panas Parlimen Taiping masih belum terjawab sehingga kini.

Perkara itu juga masih belum dapat disahkan sendiri oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung calon terbaik yang bakal bertanding di kawasan itu bagi merampas kembali kerusi Parlimen Taiping daripada pembangkang.

Malah, spekulasi mengenai Pengerusi BN Taiping, Datuk Tan Lian Hoe dipilih sebagai calon bagi parlimen tersebut mewakili Parti Gerakan masih belum dapat disahkan lagi.

“Ia difahamkan sahaja dan saya tidak boleh membuat keputusan kerana  pengumuman rasmi akan hanya dibuat oleh Perdana Menteri nanti,” kata beliau.

Terdahulu Menteri Besar menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kamunting, dekat Taiping hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe dan Timbalan Pengerusi Program Sumbangan Veteran Tidak Berpencen, Mejar Jeneral Datuk Rohisha Yahaya.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya Lian Hoe dipilih sebagai calon BN berdasarkan prestasinya yang begitu baik.

“Saya pun lihat beliau rajin turun ke kawasan Taiping dan dari segi simboliknya saya tidak boleh kata apa-apa mungkin orang di sini lebih faham,” katanya.

Menurut Zambry yang juga Menteri Besar, sikap rajin serta kerjasama erat BN termasuk UMNO bahagian bersama-sama parti komponen MCA dan MIC mungkin bakal membuahkan hasil.

“Kita  harapkan calon BN yang diletakkan di kerusi Parlimen Taiping mampu menang pada pilihan raya akan datang,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");