Kolumnis

Xenophon Nafi Pro-Pembangkang, Boleh Percayakah???

SENATOR dari Australia, Nick Xenaphon yang dihalang dari memasuki negara ini Sabtu lepas, hari ini menafikan bahawa dia adalah penyokong parti pembangkang.

Tak habis-habis menipu.

Apa tujuan dia keluar kenyataan paling mengarut yang penulis pernah dengar itupun, tak tahulah. Banyak bukti menunjukkan Xenophon dan Anwar melekat macam gam, nak kelentong macam mana?

Tapi penulis rasa Xenaphon cuba tunjuk bahawa dia adil, tidak bias dan dengan itu layak melantik dirinya sendiri sebagai pemerhati bebas pilihanraya di negara kita.

Xenaphon cakap salah korum ni.

Rakyat Malaysia ni bukan bodoh sampai nak pilih kerajaan pun tak reti, sehinggakan kerajaan Australia sekarang ditentukan dengan perbezaan 2 kerusi sahaja, bila-bila pun boleh tumbang.

Pendatang tau, Xenophon sendiri asal dari Greece.

Rakyat Malaysia ini jauh lebih bijak memilih kerajaan jika nak dibandingkan dengan rakyat Australia. Kita sentiasa memilih kerajaan yang kuat untuk menerajui negara ini. Dalam keadaan BN paling lemah pun pada 2008, kerajaan masih memiliki kelebihan 31 kerusi parlimen.

Menjelang pembubaran parlimen untuk diadakan pilihanraya umum yang ke 13, jumlah itu bertambah berikutan sokongan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang berpaling tadah, termasuk satu kerusi Bebas.

Itu menunjukkan kematangan rakyat Malaysia ini berbanding negara luar. Malah penulis boleh kata, rakyat kita jauh lebih matang dari rakyat Amerika Syarikat pun dalam soal memilih kerajaan.

Di Amerika, Presiden negara itu bukan ditentukan oleh undi popular dari rakyat, sebaliknya undi Elektoral oleh badan pemilih di setiap negeri.

Jadi kita tak perlukan orang macam Xenaphon untuk tunjuk ajar rakyat negara kita macam mana nak pilih kerajaan. Sebaliknya, rakyat negara inilah yang perlu beri tunjuk ajar kepada rakyat Australia macam mana nak pilih kerajaan yang kuat, sebab nampak sangat depa tak reti.

Tujuan Xenaphon ke sini adalah semata-mata untuk huru harakan sistem pemilihan sedia ada, dengan kerjasama parti pembangkang yang diketuai Anwar.

Anwar tahu, pendekatannya bergantung sepenuhnya kepada undi minoriti (Cina) dan sedikit tambahan dari golongan majoriti (Melayu), tidak akan membolehkannya menjadi Perdana Menteri selagi sikap rakyat negara ini yang gemar memilih kerajaan yang kukuh dan kuat, tidak diubah.

Menyokong pendapat penulis itu, sila lihat ke belakang semula, ada atau tidak pada bila-bila masa Anwar cakap Pakatan akan menang majoriti 2/3? Kalau tak salah penulis, yang pernah cakap tu hanya Mahfuz, tapi pedulikanlah.

Sebab itu dia bawa Xenaphon ke sini untuk ubah minda rakyat negara kita supaya jadi sama macam Australia.

Lagipun, Xenaphon cemburu kerana kerajaan negara kita begitu kuat, berbanding kerajaan negaranya. Menggunakan status Australia sebagai antara negara termaju di rantau sebelah sini, Xenaphon cuba tunjuk kononnya dia layak mengajar rakyat kita bagaimana untuk pilih kerajaan.

Penulis nak katakan pada Xenaphon, boleh jalan.

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");