Perak Hari Ini

200 Rumah Terjejas Dilanda Banjir Lumpur

Kira-kira 200 rumah di Taman Kledang Permai dan Taman Arkid, dekat Menglembu terjejas teruk akibat ditenggelami banjir lumpur selepas hujan lebat turun dalam tempoh beberapa jam malam tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, beberapa buah kereta turut dihanyutkan banjir lumpur.

Selain itu, jalan utama ke kawasan perumahan turut rosak kerana hakisan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkam, kolam takungan air yang melimpah dipercayai menjadi punca kejadian banjir lumpur di kawasan berkenaan.

Pihak polis, pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam digegaskan ke tempat kejadian untuk membantu penduduk yang terjejas dalam kejadian itu.

Pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pula menjalankan kerja pembersihan jalan yang berlumpur kira-kira jam 11 pagi tadi.

Berikutan hujan lebat yang turun beberapa hari lalu, beberapa kawasan di negeri Perak turut mengalami banjir termasuklah di Daerah Perak Tengah dan Daerah Larut Matang dan Selama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");