Kolumnis

Bila Bob Lokman Hina Sunnah Dan Ajaran Rasulullah SAW

Sangat menarik bila seorang pelawak yang mengaku cicit Tok Kenali, Bob Lokman, menyifatkan program “Janji Ditepati” sebagai “Janji Iblis”.

Tak tahulah lawak apa yang dia cuba buat, tapi memang lawaknya itu sememangnya memakan diri…

Dalam siri ceramah fitnahnya di Perak baru-baru ini, artis yang banyak memakan jasa kerajaan BN itu mendakwa bahawa program ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagaikan kisah dongeng orang Arab untuk menyesatkan umat Nabi Adam ketika iblis dihalau keluar dari syurga.

Rasanya, budak darjah satu pun tahu bahawa menepati janji itu merupakan satu akhlak yang sangat terpuji yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Malah Baginda SAW juga pernah bersabda dan menyifatkan bahawa golongan yang berjanji tetapi tidak menepati apa yang dijanjikan itu tergolong di dalam golongan munafik yang sama sekali tidak diredhai Allah SWT.

Melihat dari perkara asas pun kita dapat melihat bahawa program “Janji Ditepati” itu adalah selaras dengan ajaran Islam, bukan?

Persoalannya, apakah iblis laknatullah menganjurkan umat Muhammad SAW untuk menepati janji? Saya yakin tidak! Tidak mungkin iblis merelakan umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW yang sangat dibenci olehnya.

Jadi, jelaslah di sini bahawa hanya iblis sahaja yang membenci sunnah Rasulullah SAW itu, bukan?

Menghairankan, para penyokong PAS bersorak riang gembira bila cucu Tok Kenali itu memfitnah UMNO sedemikian rupa. Meskipun hujah itu adalah sejahil-jahil hujah, mereka tetap bertepuk tangan walaupun faktanya salah!

Begitulah PAS bila parti itu membiarkan mereka-mereka yang tidak mempunyai kreadibiliti, memiliki IQ yang rendah dan jahil tentang ilmu mantik untuk berdiri di atas pentas politik mereka serta menyebarkan dakyah dangkal.

Dulu, PAS begitu hebat dengan hujah-hujah dari golongan ulama. Tapi PAS yang terkini jelas tersasar dari landasannya bila membiarkan individu-individu seperti Bok Lokman, Abby Abadi dan Leman “langsung tak lawak” berceramah di atas pentas mereka.

Ulama-ulama di dalam PAS semakin terpinggir dan tidak laku lagi untuk dijemput berceramah. Kalau ada pun golongan ulama PAS dijemput, mungkin mereka hanya akan ditugaskan sebagai “tukang baca doa” saja…

Menyedari hakikat dan realiti itulah maka berduyun-duyun golongan ulama PAS menyisihkan diri dari terus aktif di dalam parti itu.

Mereka lebih memilih untuk mendiamkan diri dan melihat golongan Anwarinas dan “juhalak” mengemudi PAS.

Kalau golongan ulama pun sudah memencil diri dari PAS, bayangkan bagaimana memberontaknya perasaan penyokong PAS tulen. Mereka sudah tawar hati. Apatah lagi umat Islam yang berada “di atas pagar”, PAS sudah hilang harga diri di mata mereka!

Tak tahulah sama ada para pemimpin PAS sedar tentang hal ini atau tidak. Tapi saya yakin mereka belum sedar. Sebab kalau mereka sedar, saya pasti PAS akan keluar dari Pakatan Haram serta merta tanpa notis!

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");