Kolumnis

Bila Guru Hina Wira Negara Sebagai “Anjing Yang Mati Katak”…

Sangat mengejutkan saya apabila mendapat tahu tentang seorang pendidik di Kelantan telah mencemuh pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara yang diceroboh pengganas dari Filipina di Lahad Datu, Sabah.

Menurut laman sosial Facebook, tertera caci maki seorang guru, Mohd Lotfi Nor terhadap para perwira yang sedang bersabung nyawa di Sabah dan menyifatkan mereka sebagai “anjing” yang “mati katak”.

Mungkin menjadi amalan demokrasi di negara ini, maka saya tidak kisah sama ada Lotfi mahu menyokong BN atau Pakatan Haram. Terserahlah.

Namun berdasarkan latar belakang “posting”nya, saya yakin dia penyokong tegar pihak pembangkang.

Sebagai seorang yang saya percaya beragama Islam, Lotfi perlu tahu bahawa wira-wira negara yang terkorban kerana mempertahankan negara itu memperoleh “mati syahid”. Ia difatwakan sendiri oleh Mufti Negeri Kelantan.

Justeru, mereka bukan “mati katak” sebagaimana yang didakwa Lotfi.

Pada saya, walaupun menyokong Pakatan Haram, ia tidak mewajarkan pendidik yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku di Pasir Puteh, Kelantan ini untuk menghina para perwira yang mempertahankan kedaulatan negara itu sebagai “anjing”.

Apa dosa pasukan keselamatan itu pada Lotfi? Pernahkah pasukan PDRM menganiaya Lotfi sebelum ini? Pernahkah mereka menghina Lotfi dengan kata-kata kesat sebelum ini?

Jika pernah, rasanya tidak mungkin Lotfi dimaki anggota PDRM sekiranya dia tidak membuat kesalahan atau mencabar undang-undang negara, bukan?

Menurut rekod, Lotfi pernah ditahan kerana mengamuk di sekolahnya pada tahun 2009. Pihak sekolah telah menghubungi pihak berkuasa di jajahan Pasir Puteh itu dan dia telah ditahan kerana membahayakan guru-guru lain serta murid-murid.

Kenapa Lotfi ditahan? Dia dikatakan tidak siuman dan mengamuk di sekolah, bukan? Jadi, apakah kerana ditahan polis atas alasan itu maka membolehkah Lotfi menyifatkan anggota keselamatan sebagai “anjing”?

Mahkamah mungkin dapat memaafkan Lotfi atas keadaannya yang tidak siuman itu. Tapi pada saya, penghinaan Lotfi terhadap perwira yang menjaga dan mengawal keselamatan negara adalah satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan.

Saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru ini daripada terus bergelar penjawat awam, khususnya pendidik anak-anak bangsa.

Lotfi pada saya tidak layak bergelar pendidik. Sepatutnya Lotfi lebih sesuai “dipulihkan” kerana dia kurang waras dan tidak layak untuk mendidik anak-anak kita.

Anda mahu seorang guru seperti ini untuk mengajar anak-anak anda? Jika anda membenarkan Lotfi mengajar anak anda, mungkin anda juga sewajarnya duduk satu wad dengannya di hospital sakit jiwa.

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");