Perak Hari Ini

BN Perak Tidak Gentar Hadapi Anwar Pada PRU-13

“Tiada istilah gentar dalam dunia politik apatah dalam suasana kita menghadapi pilihan raya,”.

Demikian ulasan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai laporan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang bertanding di kerusi parlimen Perak atau Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mengikut sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, pemimpin politik tidak kira Lim Kit Siang atau Anwar sendiri mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen.

“Adalah tidak menghairankan bagi saya jika keputusan itu dibuat kerana mereka ini adalah pemimpin ‘touch n go’, biarlah mereka buat apa yang mereka suka,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Ditanya pemberita sama ada BN Perak tergugat atau gentar dengan perkembangan terbaru itu, Menteri Besar Perak menegaskan:

“Soalan ini sepatutnya ditujukan kepada mereka (Anwar) mengapa dia tidak kekal bertanding di Permatang Pauh.

“Adakah dia gentar berada di Permatang Pauh dan begitulah sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Anwar, bukan kepada saya,” katanya lagi.

Zambry berkata lagi, beliau akan menunggu kenyataan dan jawapan rasmi daripada Anwar kerana apa yang dilaporkan itu baru cadangan Ketua Pembangkang.

Mengenai pencalonan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon DUN Changkat Jering yang jelas menunjukkan perbalahan dalaman antara PKR dan PAS, Zambry berkata, selama ini, Adun Pasir Panjang itu tidak pernah membangkitkan masalah rakyat di kawasan itu dalam sidang dewan undangan negeri.

“Apabila Nizar diumumkan sebagai calon PAS bertanding DUN Changkat Jering, maka benarlah kini beliau kena tukar kerana tidak pernah bincang masalah rakyat Pasir Panjang dalam dewan baik secara bertulis atau perbahasan.

“Jadi, saya tidak hairan mengapa beliau tidak lagi bertanding di Pasir Panjang dan mengambil keputusan bertanding di Changkat Jering pula,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");