Sukan Hari Ini

City tidak mahu Rooney

MANCHESTER – Manchester City tidak akan cuba untuk mendapatkan Wayne Rooney (gambar) musim panas ini.

Masa depan Rooney bersama Manchester United diragui setelah kelab itu bersedia menerima tawaran 25 juta pound (RM117 juta) untuk penyerang tersebut.

Kelab kaya-raya, City merupakan satu-satunya pasukan di dunia yang mampu membeli penyerang England itu. Akhbar Britain, The Sun mendedahkan, sasaran juara Liga Perdana Inggeris itu adalah bintang Napoli, Edinson Cavani dan penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao.

Pengurus City, Roberto Mancini mengakui dia adalah peminat Rooney tetapi di bawah struktur baru kelab, warga Itali itu perlu meyakinkan pengarah bola sepak, Txiki Begiristain dan ketua eksekutif, Ferran Soriano jika mahu membawa masuk pemain tersebut. Dan dipercayai, Begiristain menganggap pemain berusia 27 tahun itu tidak memenuhi kriteria mereka.

Walaupun pada awalnya menunjukkan minat, namun City berasakan mereka hanya diperguna untuk memenuhi tuntutan Rooney yang gagal disempurnakan oleh Red Devils. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");