Perak Hari Ini

Elemen Anti Kerajaan Dan Pemerintah Undang Bahaya: DS Zambry

Elemen anti-kerajaan atau pemerintah yang cuba ditanamkan oleh segelintir pihak dalam pemikiran rakyat merupakan satu tindakan yang merbahaya, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurutnya, elemen anti-kerajaan mencambah benih kebencian terhadap kerajaan sehingga apa jua situasi yang berlaku kesalahannya tetap diletakkan di bahu pemerintah.

“Saya amat sedih dengan apa yang berlaku hari ini dan sebenarnya dari segi pandangan politik, kita mungkin berbeza tapi dari segi soal negara kita tidak boleh berbeza kerana semangat kecintaan kepada negara.

“Sepatutnya kita tidak melihat siapa pun mereka ketika mana negara sedang menghadapi ancaman luar yang datang menceroboh negara kita.

“Sepatutnya kita kena bersama-sama menyatakan rasa terhutang budi kepada pengorbanan anggota tentera yang berada di medan perang demi mempertahankan negara tetapi ada pula golongan-golongan yang tidak ada hati dan perasaan terhadap apa yang berlaku dalam negara ketika ini,” katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Menteri Besar bercakap demikian sebagai mengulas komen tidak sensitif penyokong pembangkang dalam laman sosial yang mempersendakan insiden pertumpahan darah di Lahad Datu, Sabah.

Walaubagaimanapun, Zambry berkata, beliau tidak mahu menuding jari terhadap mana-mana pihak termasuk pembangkang.

“Saya tidak menuduh pembangkang atau siapa sahaja tetapi apa yang penting ialah semua pihak elak daripada menanam rasa kebencian dalam pemikiran rakyat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");