Perak Hari Ini

Hina Kaum India: Masih Enggan Minta Maaf, Bukti Koo Ham Angkuh

Keengganan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung kenyataannya di twitter baru-baru ini yang menyebut kaum India boleh dibeli dengan wang, kambing dan arak membuktikan sikap angkuh pemimpin parti pembangkang itu.

Pengerusi Gerakan Cawangan Taman Lim, V Subramaniam, berkata pada 13 Mac lalu, pihaknya mendesak Koo Ham tampil memohon maaf kepada masyarakat India dalam satu bantahan aman yang berlangsung di Buntong.

Malangnya, sehingga hari ini, pemimpin DAP itu katanya, masih enggan meminta maaf walaupun masyarakat India bangkit dan menyuarakan rasa marah dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Beruas itu.

“Saya bersama beberapa rakan lain tampil membuat laporan polis terhadap Koo Ham kerana mengeluarkan kenyataan di twitter yang menghina kaum India dengan menyebut mereka ini boleh dibeli dengan wang, kambing dan arak.

“Walaupun bantahan dibuat, beliau masih enggan meminta maaf dan lebih menyedihkan lagi apabila kenyataan Koo Ham itu disokong pula Adun Tronoh, V Sivakumar yang sepatutnya menjaga dan mempertahankan maruah kaum India di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh, sebentar tadi.

Subramaniam berkata, dalam tempoh 11 bulan berkuasa di Perak, Pakatan Rakyat (PR) langsung tidak peka dengan nasib dan masalah kaum India di negeri itu.

Masalah penduduk setinggan DBI dekat Buntong, katanya tidak diambil peduli sedangkan dalam tempoh itu juga, Koo Ham dan sepupunya, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming berjaya mendapat tanah di Kelantan.

“Sivakumar sendiri tidak membela nasib kaum India pada waktu itu…ini jelas membuktikan bahawa pemimpin DAP bukan memperjuangkan masalah dan nasib rakyat sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

“Saya harap semua rakyat khususnya kaum India di seluruh negara bangkit dan menolak DAP pada pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");