Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

IDR Perkenal 10 Idea Baru Bantu Perak Capai Status Negeri Maju Pada 2020

Institut Darul Ridzuan (IDR) memperkenalkan 10 idea baru yang membabitkan dasar, polisi dan strategi untuk membantu kerajaan Perak mencapai status negeri maju menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, berkata pihaknya bertanggungjawab merangka dan menyediakan dasar, polisi dan strategi untuk membawa Perak mencapai sasaran itu.

“IDR memperkenalkan 10 idea baru untuk membawa Perak mencapai sasaran negeri maju menjelang 2020 dan salah satunya ialah dengan memperkenalkan dasar membangunkan modal insan.

“Penganjuran wacana intelek ini contohnya adalah salah satu pelengkap kepada bidang keberhasilan utama (NKRA) negeri Perak dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu.

“Ia juga selaras usaha kita untuk memajukan pencapaian akademik di Perak yang suatu masa dahulu cukup hebat,” katanya berucap pada program Wacana Intelek ‘ Menjelang PRU-13: Demokrasi, Kepimpinan Dan Keamanan’ anjuran IDR di Dewan Bankuet, SUK di Ipoh, sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan.

Mengulas program itu, Abdul Rahman berkata, wacana intelek anjuran IDR itu memberi peluang kepada ahli panel jemputan  mengupas sesuatu isu secara intelektual untuk mencambah minda pendengar.

Katanya, melalui wacana itu juga, rakyat dapat memahami secara jelas mengenai pentingnya sistem demokrasi, kepimpinan berkualiti dan keamanan yang perlu dipelihara dan diteruskan.

Ia sebagai satu lambang kedaulatan dan semua pihak katanya, perlu memainkan peranan untuk menjayakannya dan pada masa sama tidak dimomokkan.

Tiga ahli panel dijemput untuk membincangkan isu berkenaan iaitu  mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi; pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM); Prof Madya Dr P Sivamugam serta penyunting dan penyelenggara buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Goh Hin San.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");