Perak Hari Ini

Isu Lahad Datu: PRU-13 Tidak Boleh Ditangguhkan Lagi

Konflik pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah tidak akan menjejaskan persiapan negara yang bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, rakyat katanya, mahu melihat negara berada dalam keadaan stabil dan sokongan berterusan daripada kerajaan diperlukan bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan yang sedia ada.

“Saya tidak fikir kita patut menangguhkan pilihan raya… kita sudah sampai ke penghujung tempoh penggal parlimen dan mesti umumkan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan samada krisis pencerobohan di Lahad Datu meninggalkan sebarang kemungkinan kepada negara yang bakal menghadapi pilihan raya.

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk “Graduates in the 21st Century” di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar sebentar tadi.

Mengenai perkembangan di Sabah, Mahathir berkata, kedua-dua pihak samada kerajaan Malaysia mahupun Kesultanan Sulu perlu bersepakat menghentikan kemelut pertumpahan darah di Lahad Datu.

Beliau berkata, penyelesaian gagal dicapai sekiranya hanya satu pihak bersetuju menghentikan pencerobohan yang telah mengorbankan beberapa nyawa kedua-dua pihak.

“Polis kita tidak melepaskan tembakan terhadap pihak musuh namun bila penceroboh tembak dua orang kita, rakyat begitu marah.

“Saya harap kedua-dua pihak berbincang dan hentikan pembunuhan antara kedua-dua pihak,” tegas beliau.

Terkini, Sultan Jamalul Kiram III telah mengumumkan genjatan senjata terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon.

“Sultan Sulu itu sendiri gagal mengawal kumpulannya yang bersemangat tinggi berjuang secara berhabis-habisan,” kata beliau.

Menurutnya, genjatan senjata boleh dilakukan sekiranya kumpulan penceroboh itu menghentikan keganasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");