Perak Hari Ini

Jangan Terpedaya Dakyah Pembangkang BN Tidak Bantu Kaum India

Masyarakat India di Perak dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membantu dan membangunkan bidang pendidikan kaum itu yang jelas sekadar bermatlamatkan kepentingan politik mereka semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sebaliknya berkata dalam tempoh 11 bulan berkuasa di Perak, pembangkang yang sebenarnya tidak memikirkan usaha dan cara membantu kaum India dalam bidang pendidikan.

“Pembangkang sekadar memainkan sentimen untuk meraih sokongan rakyat dengan mempersoalkan bila projek membina sekolah baru SJKT Gunung Rapat akan bermula.

“Kita harap masyarakat India faham dengan kelewatan yang berlaku kerana ia membabitkan prosedur kerana kita mahu bina sekolah yang perlu pelan bangunan dan kemudiannya diperiksa pula oleh jurutera untuk memastikan keselamatan.

“Saya sendiri mengemukakan cadangan kepada Timbalan Perdana di Little India Ipoh untuk menjayakan projek membina sekolah SJK T Gunung Rapat dan akhirnya peruntukan RM2.5 juta diluluskan bagi membina bangunan baru sekolah berkenaan.

“Selain itu, kita juga meluluskan tanah seluas 800 hektar untuk dimajukan bagi mengisi tabung pendidikan kaum India di Perak.

“Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan khas RM1 juta untuk disalurkan kepada pembangunan pendidikan kaum India,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR anjuran kerajaan negeri dan MIC Perak.

Hadir sama, Penasihat Khas Menteri Besar, Datuk S Veerasingam.

Hampir 200 murid dan pelajar dari seluruh Perak yang mendapat keputusan cemerlang 7A dalam UPSR dan 8A dalam PMR menerima piala dan sijil penghargaan daripada Zambry.

Terdahulu, Veerasingam dalam ucapannya, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu prihatin dengan pembangunan pendidikan kaum India dan dasar itu diteruskan pula di peringkat negeri oleh Dr Zambry.

Peruntukan yang bernilai ratusan juta katanya, disalurkan ke seluruh negara bagi membantu dan membangunkan bidang pendidikan kaum India termasuklah dengan menyediakan kemudahan infrastruktur sekolah.

“Kerajaan Pusat dan negeri begitu prihatin dalam soal pendidikan kaum India kerana menyedari kepentingan pendidikan yang mampu mengubah status dan kehidupan seseorang itu tanpa mengira batas kaum dan agama,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");