Isu Panas

Kaitkan Anwar Dalang Insiden Pengganas Sulu Melampau – Azmin

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud usaha pemimpin politik tertentu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Menyifatkan ia sebagai perbuatan melampau, Mohamed Azmin bagaimanapun mengakui tidak terkejut dengan perkembangan berkenaan.

“Kita menghidu ada usaha beberapa pimpinan politik yang cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada soal keselamatan kepada isu lain untuk menutup kelemahan mereka dalam menangangi masalah di Lahad Datu dan Semporna.

“Bagaimanapun ini bukan perkara baru, sudah 15 tahun semua masalah negara dibebankan kepada Anwar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Terbaru sebuah akhbar pada Rabu melaporkan pendedahan yang dibuat laman web Wikileaks pada 2007 mengenai hubungan Anwar dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang disifatkan sebagai ‘rakan lama’.

Dilaporkan juga Nur Misuari yang ketika itu menjadi tahanan di rumahnya mempunyai hasrat menakluk Sabah dari Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai pendedahan itu Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, hubungan baik atau pertemuan Anwar dengan Nur Misuari tidak perlu dijadikan isu kerana bekas pemimpin MNLF itu pernah dilantik sebagai Gabenor Mindanao.

“Semua pemimpin mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari kerana ketika itu beliau adalah Gabenor Mindanao. Tapi kalau nak kaitkan apa yang berlaku di Lahad Datu (dengan Anwar) itu adalah melampau,” katanya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");