Kolumnis

Kenapa Pegawai Anwar Semuanya Jantan Muda?

DALAM sibuk-sibuk perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada krisis berdarah yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah, Raja Petra Kamarudin dalam blognya Malaysia-Today, hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh pegawai diplomasi sulit Anwar Ibrahim yang bernama Mohd Fariz Kamal Latidzam kepada Presiden PAS, Abd Hadi Awang.

Fariz mendakwa sekarang dia berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita PKR, tak pula disebut sama ada masih berkhidmat dengan Anwar atau tidak.

Siap dinyatakan dalam surat tersebut, nombor kad pengenalannya lagi yang menunjukkan pemuda tersebut baru berusia 23 tahun!!

Dalam surat tersebut, pemuda yang mengaku berusia 19 tahun semasa dilantik ke jawatan tersebut pada 2008 oleh Anwar, mengadukan masalahnya mengenai sikap Wan Azizah yang cemburu dengan hubungan rapatnya dengan Anwar.  Mengetahui latar belakang Anwar, penulis rasa, semua kita fahamlah apa yang dimaksudkan dengan ‘hubungan rapat’.

Tapi demi berlaku adil kepada pemimpin pembangkang yang DNA dari air maninya dijumpai di dalam dubur Saiful Bukhari ini, penulis menggesa agar rakyat tidak terburu-buru mempercayai dakwaan ini dahulu sehingga ada bukti yang lebih sahih, seperti dalam kes Saiful juga.

Cuma penulis agak keliru kerana sejak mula mengikuti kes Anwar dengan dekat pada 1998, tidak pernah sekali penulis terjumpa dengan mana-mana pegawai Anwar yang binti, semuanya bin juga – jantan.  Sudahlah tu, jambu-jambu pulak tu.

Jadi apa rasionalnya Anwar, pemimpin pembangkang yang tidak pernah mengaku terlibat dalam sebarang kegiatan homoseksual, tapi hanya mempunyai pegawai-pegawai jantan yang muda’ dan jambu?

Anwar perlu jawab ini dengan segera bagi membersihkan imejnya yang sekarang begitu teruk terjejas.  Kalimah Allah, kaitan dengan keganasan di Sabah, ugutan menyaman wartawan dan lain-lain lagi, semua ini boleh buat kepala yang lebat dengan rambut pun jadi botak.

Tambah dengan kebarangkalian muncul pulak kes sodomi 3 selepas pendedahan berani Raja Petra Kamarudin ini, silap-silap mau juga ke kubur dengan cepat!!

Apa sekalipun, penulis tak mahu berfantasi benda-benda homoseksual ini sebab boleh buat perut meragam, tapi penulis nak semua orang menilai sendiri perilaku pemimpin yang dikatakan “pemimpin suci oleh sesetengah pihak dalam partinya sendiri.  Ya,, parti dia sendirilah, parti orang lain, nak puji buat apa??

– PESONA IMPIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");