Perak Hari Ini

Kenyataan Koo Ham Tidak Bertanggungjawab: DS Zambry

Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitter yang mendakwa kaum India ditipu oleh Barisan Nasional (BN) apabila ditawarkan minuman keras dan kain sari demi meraih undi disifatkan sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kenyataan Koo Ham itu dilihat seolah-olah memperkecilkan dan menghina masyarakat India.

“Dia melihat seolah-olah kaum India boleh dibeli dengan ini dan itu dan merupakan kenyataan biadap dan memandang rendah terhadap kaum India,” katanya kepada pemberita.

Dalam laman sosial Twitter semalam, Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Berus mengeluarkan kenyataan berbunyi: “For too long Beruas Indians have been cheated of their votes by BN’s sarees, Milo, mutton curry & beers.

Dalam kenyataan berasingan, beliau turut mengaitkan pemberian wang tunai sebanyak RM300 dan minuman keras oleh Penyelaras Parlimen Berus, Datuk Chang Ko Youn telah menyinggung perasaan kaum India di kawasan terbabit.

Mengulas lanjut, Zambry berkata beliau yakin selepas ini kenyataan twitter Koo Ham itu akan diputar belit oleh Pengerusi DAP Perak itu sendiri.

“Dia ( Koo Ham) mungkin kata dia akan sebut tidak…. dia sebut, dia tidak bermaksud begitu. Itulah Koo Ham.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku di sana yang dia buat tuduhan… saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku tetapi bagi saya ia tidak wajar dia (Koo Ham) mengaitkannya dengan kaum India,” katanya lagi.

Katanya, kenyataan itu sudah cukup menunjukkan sikap sebenar pemimpin pembangkang itu dan beliau menyerahkan perkara tersebut kepada rakyat untuk menilai.

Sebelum ini, Koo Ham pernah mencetuskan kontroversi menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");