Laporan Eksklusif

Kerajaan Abu Dhabi Lahirkan Minat, Kagum Dengan Program Permata Pintar: DS Rosmah

Kerajaan Abu Dhabi menerusi Putera Mahkotanya, Jeneral Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan hari ini melahirkan rasa kagum terhadap program Permata Pintar yang diasaskan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bercakap kepada pemberita selepas mengiringi Putera Mahkota Abu Dhabi melawat Pusat Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat Bangi sebentar tadi, Rosmah memberitahu Sheikh Mohamed sempat bertanyakan beberapa soalan antaranya berkaitan pemilihan kanak-kanak pintar dan program yang dilaksanakan.

“Saya menjelaskan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi mengenai beberapa program yang dilaksanakan PermataPintar dan baginda turut menyuarakan rasa kagum dengan program yang dilaksanakan serta kemudahan yang digunakan murid-murid di kampus ini.

“Selain itu, baginda juga sempat dibawa melawat ke makmal sains dan saya berharap kedua-dua belah pihak dapat menjalin kerjasama sekiranya pihak kerajaan Abu Dhabi berminat memperkenalkan program Permata Pintar di negara berkenaan.

“Saya juga dimaklumkan selepas pulang ke negaranya, Putera Mahkota akan berbincang dengan pihak kerajaan dan sekiranya mereka berminat untuk memperkenalka program ini, kita akan dihubungi kelak,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosmah berkata, kerajaan Malaysia terpaksa memberi penekanan dan tumpuan kepada pembangunan modal insan kerana sumber gas dan minyak yang terhad.

Berbanding Malaysia, negara Arab itu katanya, kaya dengan sumber minyak dan gas.

“Bagaimanapun, Putera Mahkota memaklumkan kepada saya negara itu juga tidak boleh bergantung kepada kekayaan gas kerana ia memerlukan modal insan yang boleh menguruskannya dengan baik,” kata Rosmah lagi.

Menurut Isteri Perdana Menteri lagi, selain program yang diperkenalkan, Sheikh Mohamed juga ingin mengetahui secara terperinci berkaitan kos bagi setiap murid yang terpilih menyertai program terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya, Rosmah berkata, pendekatan inovatif perlu diperkenalkan untuk mengenalpasti dan menyemai bakat dari peringkat usia muda lagi.

Tegasnya, tanpa penjagaan yang  betul dari peringkat awal kanak-kanak lagi, beliau tidak pasti negara berupaya melahirkan modal insan untuk keperluan negara ini di masa akan datang.

Bagi tujuan itu, program pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai program PERMATA katanya, diperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“Untuk memperluaskan lagi program ini, kita memperkenalkan pula program Permata Pintar kepada kanak-kanak yang mempunyai bakat dan kepintaran luar biasa.

“Saya percaya program ini akan menjadi asas yang kukuh kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan produktif selain menyediakan peluang terbaik kepada kanak-kanak ini untuk menyerlahkan potensi mereka,” katanya lagi.

Untuk galeri gambar – KLIK SINI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");