Perak Hari Ini

MB Perak Kecam Tindakan Pihak Tertentu Salahkan Kerajaan Dalam Tangani Isu Lahad Datu

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas tindakan segelintir pihak yang menyalahkan kerajaan kerana tidak tegas dan berlembut dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu, dekat Sabah.

Katanya, pelbagai usaha boleh dilakukan ketika berdepan dengan krisis atau peperangan dan jalan terbaik ialah dengan mengadakan rundingan kepada pihak penceroboh.

“Kita tidak boleh kata Malaysia terlalu berlembut dalam perkara ini kerana setiap nyawa rakyat Malaysia diutamakan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita di Kampar, hari ini.

Dalam perkembangan berkata, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata mana-mana laporan yang dikeluarkan agensi berita antarabangsa berhubung insiden di Lahad Datu itu wajar mendapat perhatian semua lapisan masyarakat negara ini.

“Laporan yang dikeluarkan oleh Reuters baru-baru ini berhubung kemelut di Lahad Datu wajar menjadi perhatian umum,” katanya sebagai mengulas laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia.

Memetik laporan Reuters bertarikh 14 Februari lalu, laporan itu mendakwa kumpulan diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah atas jemputan pihak pembangkang bagi bincangkan isu tanah.

Menteri Besar berkata, jika benar laporan yang dikeluarkan media antarabangsa itu, beliau sendiri tidak mengetahui tujuan sebenar yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang.

“Ia semua bergantung kepada permainan yang sedang mereka lakukan tetapi dalam konteks Barisan Nasional (BN), kita tidak akan mengambil sesuatu tindakan yang mampu mengancam keselamatan dalam negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");