Perak Hari Ini

MB Puas Hati Dengan Sokongan IPF Kepada BN

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa gembira di atas kesetiaan serta sokongan tidak berbelah bagi yang diberikan oleh Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, perpaduan serta gerak kerja kuat yang dilancarkan oleh parti berkenaan dilihat sebagi perkembangan baik daripada parti yang dipelopori masyarakat India itu.

“Ini perkembangan positif buat IPF dan selepas melihat wajah kepimpinan mereka, saya percaya mereka semua telah bersatu semula,” kata beliau lagi.

Menteri Besar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Motivasi Kesedaran Politik dan Kepentingan Kerajaan BN di kediaman rasminya di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, beliau dalam ucapannya turut memuji pendekatan yang di ambil oleh IPF sempena mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Program ini akan memberi satu semangat dan kesedaran di kalangan ahli IPF dan pada masa yang sama bertujuan untuk menangkis serangan pihak pembangkang,” jelas beliau.

Tidak seperti pembangkang yang suka menyebarkan fitnah serta mengutuk kepimpinan yang ada, beliau memuji gerak kerja turun ke bawah yang dilakukan oleh IPF untuk berjumpa dengan rakyat bagi memastikan sokongan mereka kekal kepada BN.

Bagi Presidennya, Datuk M. Sambathan, IPF sudah lama bersedia untuk membantu BN Perak memandangkan mereka telah menerima sokongan yang begitu baik dari pihak kerajaan sendiri.

“Saya telah berjanji kepada Pengerusi BN Perak bahawa IPF yang disertai kira-kira 15,000 ahli akan beri sokongan 100 peratus kepada BN negeri.

Walaupun tidak tersenarai sebagai parti komponen, Sambanthan berkata, partinya itu akan berusaha memastikan kemenangan akan berpihak kepada calon yang bertanding atas platform BN.

Ini kerana IPF, tegasnya begitu menyanjung tinggi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa begitu banyak kebaikan kepada masyarakat India di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");