Sukan Hari Ini

Pengurus: Harimau Malaya akan bangkit

PENGURUS skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal mahu anak buah Datuk K. Rajagobal mempamerkan aksi terbaik ketika perlawanan menentang Yemen pada aksi kedua Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam pada 22 Mac ini.

Bagi memastikan pasukan Harimau Malaya mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015, Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap pemain negara agar memerah keringat lebih seratus peratus dan berjuang habis-habisan apabila melayan kunjungan Yemen dalam pertemuan itu.

“Macam mana cara sekali pun, kita harus menang dan raih tiga mata.

“Pemain tidak boleh lagi melakukan kesilapan dan jangan leka. Malah sentiasa memanfaatkan setiap peluang yang ada.

“Jadi saya mengharapkan persembahan yang mantap akan dipamerkan pemain negara,” kata Subahan kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malaysia kalah 0-2 kepada Qatar dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Al-Sadd, Doha pada 6 Februari lepas.

Mengulas lanjut mengenai keputusan itu, Subahan berkata, beliau mahu melupakan kekalahan lepas sambil menegaskan bahawa perjuangan mereka masih belum berakhir meskipun gagal pada perlawanan pertama.

“Saya yakin skuad kebangsaan mampu bangkit pada perlawanan menentang Yemen.

“Dan saya tidak fikir kita akan kalah kerana pertemuan dengan Yemen, saya yakin kita akan menang. Cuma apa yang membimbangkan saya adalah Qatar dan Bahrain kerana mereka pasukan yang bagus.

“Apa pun, semangat pemain negara tidak pernah padam sebelum berakhirnya saingan dan akan sentiasa berjuang berhabis-habisan,” kata Subahan yang menyeru penyokong Malaysia keluar beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");